Siapa ambil Insuran hayat (part 1)


Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya


“Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun.”

“Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu.”

“Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. ”
“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. ”

“Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”



No comments:

Post a Comment