Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya
“Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang.”
“Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. ”
“Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. ”
“Justeru itu, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama.”
“Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. ”
No comments:
Post a Comment