4. Melindungi Pelaburan

Bayangkan kita baru memulakan pelaburan dengan menggunakan duit simpanan yang ada.
Biasalah apabila baru memulakan pelaburan, kebanyakannya akan rugi sedikit terlebih dahulu.

Maklumlah, masih belum berpengalaman dan banyak caj-caj yang perlu dibayar.
Lagipun, pelaburan kebiasaannya untuk jangka masa yang panjang, barulah boleh dapatkan keuntungan yang baik.
Tetapi malangnya, ketika baru bermula ini, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini.
Contohnya kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Tambah malang lagi, walaupun mempunyaidana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi.
Jadi, tidak dapat tidak, terpaksalah mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan.
Jika ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai.
Kalaulah diambil perlindungan insurans/takaful sewajarnya lebih awal, pasti situasi sebegini boleh dielakkan

No comments:

Post a Comment