2. Malang tidak berbau

Biasa dengar dengan pepatah “Ingat lima perkara sebelum lima perkara”?
Konsep ini juga terpakai dalam insurans/takaful.
Syarat utama untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan skim perlindungan insurans/takaful adalah mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku.
Sebagai contoh, risiko penyakit.
Seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi lagi.
Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi.
Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit).
Begitu juga dengan kematian dan kelumpuhan.

Lagipun, malang memang tidak berbau.
Kita tidak tahu tarikh kematian kita.
Kita tidak tahu bila kemalangan boleh menimpa ke atas kita.
Kita tidak tahu bila penyakit akan datang menjengah.
Oleh kerana kita tidak tahu bila malang akan menimpa, maka perlulah sediakan perlindungan secukupnya terlebih dahulu

No comments:

Post a Comment