Skim mySalam

1. Apakah itu mySalam

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.

2. siapakah yang layak untuk mySalam

Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.

3. apakah manfaat yang diperolehi melalui Skim ini

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal

Pendapatan gentian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.

PLEASE CLICK FOR MORE INFO

Belanjawan 2020: Peruntukan akses kesihatan rakyat dinaikkan

BERNAMA
KERAJAAN menyediakan peruntukan RM30.6 bilion bagi memastikan rakyat memperoleh akses penjagaan kesihatan berkualiti untuk semua selaras dengan aspirasi masyarakat yang inklusif.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama, berkata peruntukan itu lebih tinggi berbanding RM28.7 bilion pada belanjawan tahun lalu yang bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan penjagaan kesihatan awam.
Lim berkata, peruntukan yang diumumkan itu merangkumi tujuh perkara, antaranya RM1.6 bilion bagi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada, termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.
“Sejumlah RM319 juta bagi membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters.
“Sebagai memenuhi satu daripada janji manifesto Pakatan Harapan, peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan kepada semua kanak-kanak pada tahun depan.
“Bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dan trauma lebih responsif, sebanyak RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans badan bukan kerajaan (NGO),” katanya di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, dalam peruntukan yang sama, RM227 juta disediakan untuk menambah baik peralatan perubatan, manakala RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian.
Dalam pada itu, Lim berkata, RM31 juta turut diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), antara lain melaksanakan projek rintis bagi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital dan RM5 juta bagi perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 6:20 PM

Peranan insurans, takaful kurangkan kos rawatan kesihatan

Rabu, 19 Jun 2019 | 4:39pm
Kesedaran terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap membimbangkan. Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia disebabkan NCD dan peratusan ini terus meningkat setiap tahun.
NCD paling banyak dihadapi rakyat Malaysia adalah berkaitan kardiovaskular dan kanser. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan melancarkan inisiatif Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau disebut sebagai PeKa B40, bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap NCD.
Selain PeKa B40, beberapa inisiatif diperkenalkan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat.
Tuah dan musibah boleh menimpa sesiapa sahaja - berkemampuan atau tidak, tua atau muda, tidak kira waktu dan tempat.
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu atau sebuah organisasi kepada syarikat insurans. Individu atau organisasi terbabit akan menjadi pemegang polisi.
Syarikat insurans bayar pampasan
Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pemegang polisi itu.
Takaful pula mempunyai prinsip asas sama, namun ditambah baik daripada insurans bagi memenuhi keperluan produk mengikut peraturan digariskan Syariah.
Insurans dan takaful dilihat sebagai cara mengurangkan kos rawatan kesihatan masa kini. Ia memberi sokongan kewangan yang amat diperlukan ketika waktu kecemasan.
Perlindungan kewangan adalah instrumen penting dalam merancang kewangan jangka masa panjang. Perlindungan kewangan melindungi diri daripada musibah yang tidak dijangka.
Berbeza simpanan, perlindungan kewangan bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan rawatan kesihatan. Harga premium insurans dan takaful meningkat seiring tahap usia dan kesihatan seseorang.
Premium untuk pelan kesihatan ditentukan umur, sejarah perubatan, bandar kediaman dan lain-lain daripada yang diinsuranskan. Jika premium dibeli pada usia muda, amaun dibayar lebih murah.
Selain perlindungan, terdapat juga pelan insurans dan takaful yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Premium dibayar bukan sahaja menyediakan insurans semata-mata, tetapi sebahagian daripadanya dilaburkan ke dalam dana pelaburan.
Mendapat berita sahabat ditimpa penyakit atau kemalangan amat mendukacitakan. Pasti ini menimbulkan kos perbelanjaan lain seperti kos ubat, kos rundingan doktor, peralatan perubatan, kos perjalanan ulang-alik ke hospital serta kos lain.
Atas sebab itu, masyarakat harus lebih peka terhadap kepentingan dan peranan insurans dan takaful dalam memberi sokongan kewangan yang lebih terjamin. Pada masa sama dapat membiayai kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat hari ini.
Tiada jumlah wang yang boleh menggantikan nyawa seseorang, namun polisi insurans dan takaful boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.
Amir Jalal,
Pegawai Penyelidik di EMIR Research

Suri rumah perlu RM30,000 untuk pembedahan tulang

NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 26 Februari 2019
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/15007/EDISI/Selangor-KL/Suri-rumah-perlu-RM30000-untuk-pembedahan-tulang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

"Rosmawati memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menjalani pembedahan kanser tulang dihidapinya."

BANGI - Seorang suri rumah yang menderita kanser tulang memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahannya.

Rosmawati Mohd Tamilin, 45, berkata, pembedahan itu dijangka bakal dijalaninya pada bulan Mei ini.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan tidak mampu membiayai rawatan berkenaan.

Menceritakan sejarah penyakit dihidapi, Rosmawati yang kini sukar bergerak dan perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan berkata, sebelum ini dia pernah menghidap kanser payu dara.

“Saya jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada tahun 2011, selepas itu kehidupan normal hinggalah saya mula sakit di bahagian tulang belakang, tahun lalu.

“Saya hanya tahu kanser sebelum ini berjangkit ke tulang lepas buat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Rosmawati kini sukar bergerak selepas menghidapi kanser tulang.

Rosmawati yang menetap di Bukit Mahkota, Bangi berkata, keadaan itu menyebabkan tulangnya menjadi nipis dan dia sukar berjalan seperti biasa.

Dia kemudian mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) selama sebulan pada Januari lalu sebelum dibenarkan pulang dan perlu menjalani pembedahan pada Mei ini.

“Doktor beritahu saya perlu jalani pembedahan itu di Hospital Putrajaya dan anggaran keseluruhan kos hampir RM30,000.

“Saya dah suami, Mohd Syahrul Nizam Md Idris, 43, memang tak mampu tanggung kos itu apatah lagi perlu tanggung tiga daripada enam anak yang masih bersekolah,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi nombor akaun bank Bank Simpanan Nasional 010541000042055 atau menghubungi Rosmawati ditalian 0182153133.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/15007/EDISI/Selangor-KL/Suri-rumah-perlu-RM30000-untuk-pembedahan-tulang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kesedaran takaful umat Islam sangat rendah

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Bekas pesakit kanser alami beban kewangan

ISNIN, 9 SEPTEMBER 2019 @ 12:07 PM

NASIB pesakit kanser umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana sukar untuk kembali bekerja berikutan tiada majikan yang mahu menggajikan mereka.

Sembuh daripada penyakit berkenaan sebenarnya lebih sukar bagi mereka berbanding ketika disahkan menghidap kanser kerana kehilangan punca pendapatan akibat kehilangan pekerjaan.

Timbalan Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CARE UPM), Prof Dr Sherina Mohd Sidik, berkata Ramai pesakit kanser mengadu mengalami masalah kewangan sehingga mengalami kemurungan dan kegelisahan sehingga mengurangkan peluang untuk sembuh.

Katanya, kanser bukan lagi hukuman mati, malah pesakit mampu hidup lebih lama hasil teknologi perubatan yang canggih hari ini.

“Bagaimanapun, mereka sukar mendapat kerja berikutan sejarah kesihatan dialami dan berdepan kesan ekonomi sehingga terpaksa menangguhkan rawatan dan mendapatkan ubat-ubatan selain menjalani kualiti kehidupan rendah,” katanya.

Beliau ditemui pada Taklimat Kesedaran Pengangguran Pesakit Kanser di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pencegahan Kanser Cancerfly, Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE, UPM) dan JobsMalaysia, baru-baru ini.

Beliau berkata, pesakit perlu bekerja bagi mengalih tumpuan daripada kesakitan dialami dan berasa diri mereka sihat.

Pada masa sama, sesetengah terapi dilalui menyebabkan imun atau sistem ketahanan mereka menurun dan perlu mengelakkan daripada berjumpa orang ramai yang mungkin membawa jangkitan.

“Pergerakan fizikal, mental dan kognitif atau pemikiran mungkin terbatas kesan daripada kanser atau rawatan dijalani.

“Kesan rawatan bergantung kepada jenis dan tahap kanser, fizikal dan mental pesakit sepanjang menjalani rawatan selain jenis pekerjaan dijalankan, persekitaran kerja, tahap keanjalan kerja serta sikap terhadap pekerjaan mereka,” katanya.

Dr Sherena berkata, seorang pengurus atau majikan perlu memberikan keseimbangan ke atas prosedur syarikat.

Antaranya, mempertimbangkan keupayaan masuk bekerja kerana mereka memerlukan masa untuk menjalani rawatan, adakah pekerjaan itu membebankan mereka dan apakah keperluan pekerja lain.

Sementara itu, bekas pesakit kanser darah atau Non-Hodgkin lymphoma, M Harikrishnan , 30, berkata majikan masih ragu-ragu untuk mengambil seseorang untuk bekerja selepas melihat sejarah atau rekod lampau.

Katanya, ada individu yang bebas bebas daripada kanser tertentu tetapi lazimnya tidak diendahkan.

“Saya fikir tidak mudah untuk selamat daripada penyakit kanser, tetapi untuk kembali hidup selepas itu sebenarnya lebih sukar.

“Akibat tiada kerja, saya dipanggil untuk bercakap di persidangan perubatan dan berkongsi pengalaman melawan barah dan akhirnya diserap bekerja dalam Majlis Kanser Nasional (MAKNA), sebelum ditawarkan bekerja sebagai kaunselor di AirAsia,” katanya.

Beliau yang disahkan mengalami kanser darah itu sejak Julai 2014, ketika masih bergelar pelajar, berkata terpaksa bergelut dengan masalah kewangan selepas keluarganya berhabis duit untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu bapa beliau terpaksa meminjam wang daripada kawan dan keluarga serta terpaksa merayu simpati orang ramai menerusi media.

“Doktor awalnya menyangka saya mengalami tuberkulosis atau tibi. Selama tiga bulan mengambil ubat untuk merawat penyakit berkenaan.

“Ini menyebabkan wang dihabiskan untuk membayar bil hospital sedangkan sebenarnya saya mengalami barah darah,” katanya.

Pengurus Pengambilan Pekerjaan Job Master, Ar Malar, berkata peluang untuk bekas pesakit kembali bekerja memang hampir sukar didapati tetapi pihaknya memainkan peranan untuk mencadangkan calon kepada majikan.

“Kebanyakan bekas pesakit lebih sesuai bekerja dalam bidang seperti perkhidmatan pelanggan, pentadbiran dan penyelaras. Ia juga bergantung kepada kemahiran mereka sama ada dalam kerja teknikal dan pengeluaran.

“Bagaimanapun, kebanyakan majikan mencari mereka yang sudah sembuh sepenuhnya,” katanya.

Panduan elak risiko barah

• Jalani amalan gaya hidup sihat, nikmati sajian seimbang. Banyakkan menu sayur-sayuran dan buah-buahan.
• Aktifkan diri, luangkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu melakukan riadah ringan. Setiap sesi 30 minit.
• Lakukan aktiviti yang boleh menggembirakan diri. Program sosial memberikan kesan kegembiraan yang baik untuk kesihatan.
• Tingkatkan oksigen dalam badan bertujuan menggantikan sel lama kepada sel baharu. Tanpa oksigen mencukupi badan tidak dapat berbuat demikian.
• Peka kepada perubahan dalam diri, jika ada rasa ketidakselesaan boleh terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan segera.
• Jika ahli keluarga pernah menghidap kanser, anda perlu melakukan pemeriksaan bagi mengesan gejala awal kanser.

Persiapan jika seorang ahli keluarga menghidap kanser

• Jangan panik kerana keadaan ini tidak membantu. Bawa anak, ibu atau ayah berjumpa doktor. Dapatkan maklumat tepat.
• Lakukan penyelidikan menerusi sesawang dipercayai, boleh berjumpa dua atau tiga pakar untuk dapatkan maklumat lanjut.
• Pesakit perlukan sokongan moral seluruh ahli keluarga. Teruskan sokongan sepanjang mereka menjalani rawatan.
• Sebaik selesai jalani rawatan, beri sokongan kepada pesakit untuk menyertai persatuan berkaitan kanser.
• Galakkan mereka aktif menerusi menghadiri aktiviti sosial dianjurkan.
• Aktiviti sedemikian menstabilkan emosi pesakit selepas berhadapan kesakitan kronik ketika menjalani rawatan sama ada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi.

Kesedaran takaful umat Islam sangat rendah Apr 19, 2016 (Dikemaskini Apr 19, 2016)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata kesedaran dan kefahaman umat Islam hari ini tentang industri takaful berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah.
Malah, Asyraf ( gambar ) berkata meskipun ia telah diperkenalkan sejak lebih 30 tahun lalu namun hanya dikuasai 10 peratus masyarakat sahaja.
 "Kesedaran dan kefahaman umat Islam khususnya terhadap industri takaful ini masih berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah sekali, yang mana berdasarkan statistik hanya 10 peratus walaupun sudah menjangkau (umur) 30 tahun," kata Asyraf.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan seminar pemahaman takaful di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi hari ini.
Justeru, Asyraf berkata sistem takaful atau sistem kewangan Islam tidak akan bermakna kalau tidak didukung masyarakat, khususnya umat Islam.
"Kerana kerajaan membina dan membangunkan industri ini dengan menubuhkan Bank Islam pertama pada 1983 kita dan 1984 takaful yang pertama atas dasar komitmen kerajaan terhadap pematuhan prinsip faktor syariah dan Islam yang mengharamkan riba dan segala perkara yang dilarang oleh Allah,"
"Ia bukan kerana faktor komersial sahaja yang berorientasikan keuntungan.
“Saya kira kalau berorientasikan keuntungan sudah tentu pada tahun 1984 adalah kemuncak yang pada ketika itu kita tidak sistem takaful apatah lagi pada ketika itu tidak ada satu negara yang menjalankan sistem perbankan Islam," kata Asyraf.
Malah, Asyraf berkata ketika ini pelan takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini.
"Ini pengalaman saya dalam sektor penyelidikan di mana bukan Islam lebih meyakini produk kewangan Islam yang tampak lebih baik dari produk konvensional, lebih telus dengan tidak ada caj tersembunyi yang sering kali dilakukan produk konvensional," ujar Asyraf.

Keluarga Nur Umairah terima pampasan insurans

Peranan insurans, takaful kurangkan kos rawatan kesihatan RABU, 19 JUN 2019 @ 4:39 PM BH

Kesedaran terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap
membimbangkan. Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia disebabkan NCD dan peratusan ini terus meningkat setiap tahun.